25 JUN 2010
   Circular To Parents
 

   Kepada,
   Ibu bapa/penjaga yang dihormati

   Tuan/puan,

   HARI TERBUKA SMK ASSUNTA 2010

   Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

   2.        Sukacita dimaklumkan, SMK Assunta akan mengadakan Hari Terbuka 2010.
              Butir-butir adalah seperti berikut :-            

Tarikh : 06.07.2010

Sesi Pagi

Sesi Petang

Tingkatan 3, 4, 5 dan 6

Masa :     9.30 pg – 1.00 ptg

Tempat  : Dewan Sister Enda

Tingkatan 1 dan 2

Masa :     3.30 ptg – 6.00 ptg

Tempat :  Dewan Sister Enda

   3.        Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin menjemput ibu bapa/penjaga hadir untuk
              sesi perbincangan bersama guru-guru.

   4.        Pelajar-pelajar dibenarkan balik bersama-sama ibu bapa/penjaga setelah selesai sesi perjumpaan.
              Tiada sesi perjumpaan bersama guru sebelum pukul 9.30 pagi (sesi pagi) dan
              sebelum 3.30 petang (sesi petang). Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa
              dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi (sesi pagi) dan pukul 1.10 petang hingga 3.30 petang (sesi petang)

   5.        Kerjasama ibu bapa/penjaga amat dihargai.

   Sekian, untuk makluman pihak tuan. 

   Terima kasih.

   HONG YIN WAH
   Pengetua SMK Assunta